al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 7

JANUARI, 2019 | al-Siha Plus p07 24 tahun baru sedar jantung rosak Mahu hidup sihat, bawa K.K jalani pemindahan jantung. J AM pengera kedengaran bingit di meja sisi. Ng Kee Kiat atau K.K Ng yang sedang tidur tersentak apabila bunyi bising itu ditangkap cuping telinganya lantas bangun menggosok-gosok mata yang masih men- gantuk. K. K bangun seperti biasa, namun entah kenapa hari ini tiba-tiba kepalanya pening. Malah tubuhnya juga sangat lemah. Namun dibiarkan sahaja memandangkan sudah lewat ke tempat kerja. Ketika masuk ke dalam kereta, K.K tiba-tiba sesak nafas dan dadanya sakit. Dia sedar, pasti ada sesuatu yang tidak kena memandangkan rasa sakit yang kian menekan. Lantas dihubungi ibunya untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut. Setelah dua bulan berulang alik ke hospital, barulah K.K disahkan menghidap masalah kegagalan fungsi jantung. Pada ketika itu, dunianya bagaikan gelap gelita. Mana mungkin dia menderita penyakit itu sedangkan sebelum ini dia sangat aktif bersukan. Paling tidak boleh diterima, apabila doktor memaklumkan dia dilahirkan dengan masalah jantung sejak lahir. Namun sukar dikesan memandangkan tiada tanda awal sehinggalah serangan mengejut itu terjadi. Ketika kecil, semua aktiviti sukan disertainya terma- suklah berenang, menunggang basikal dan banyak lagi. Begitu juga masalah kesihatan lain, K.K tidak pernah mengalami sebarang penyakit atau kesakitan yang melampau melainkan demam-demam biasa yang juga berlaku kepada individu normal. “Kata doktor, ketika saya masih kecil dan muda, jantung saya berusaha keras untuk mengepam darah. Namun, akibat terlalu lama bekerja dengan jantung yang rosak dan usia juga semakin meningkat akhirnya jantung saya semakin lemah dan tidak mampu menampung kerosakan itu lagi sehinggalah ia tidak dapat diselamatkan. “Hanya lima peratus sahaja manusia di dunia memiliki kumpulan darah berkenaan. Ia amat mengecewakan saya dan kembali ke tanah air dalam keadaan buntu. Dalam kepala saya ketika itu, hanyalah mati dan mati. “Namun setibanya saya di tanah air, doktor yang merawat saya memberi jaminan bahawa akan ada jalan untuk saya mendapatkan penderma yang sesuai. Menjelang penghujung tahun 1997, keadaan Albert terus bertambah buruk. Pada masa yang sama, Institut Jantung Negara (IJN) telah berjaya melaksanakan prosedur pemindahan jantung buat julung kalinya di Malaysia. Lalu, Albert dirujuk ke IJN sebagai pesakit kegagalan fungsi jantung. Akhirnya, Albert dimasukkan ke dalam senarai menunggu penderma organ pada bulan Mac 1998. Sebagai seorang yang mempunyai jenis darah yang jarang ditemui, Albert masih meragui sama ada dia akan mendapat jantung baru pada waktu masa yang ditetapkan atau sebaliknya. Setelah dua minggu berada dalam senarai menunggu, akhirnya Albert dikhabarkan ada penderma yang sesuai untuknya. Sejak itu, kehidupan Albert kembali menyinar. Malah, pandangan negatif sama sekali berubah. “Sejak itu, hospital menjadi rumah ke dua saya. Hidup saya juga bergantung kepada ubat dan oksigen sepanjang masa. Pemakanan saya juga tidak seperti orang lain. Saya tidak boleh minum air yang banyak bagi mengelakkan jantung bekerja keras. Garam juga perlu dielakkan kerana berisiko kepada pesakit jantung. Pada usia 24 tahun, saya tersenarai dalam pesakit yang memerlukan pemindahan jantung. “Sepanjang sakit, keluarga, saudara-mara dan rakan- rakan sering memberi semangat kepada saya. Ibu bapa saya tidak benarkan saya bersendirian di rumah kerana bimbang saya mengalami tekanan. Mereka juga sanggup membina lift di tangga rumah bagi memudahkan saya bergerak turun dan naik dari tingkat atas dan juga untuk memudahkan saya ke hospital. Jelas K.K, masalah kegagalan jantungnya agak unik. Ini kerana, kebiasaannya pesakit jantung mengalami masalah pada bahagian kiri jantung. Namun K.K pula mengalaminya di bahagian kanan jantung menyebabkan satu-satunya cara untuk meneruskan kehidupan adalah dengan menjalani pemindahan jantung. KEMBALI AKTIF Proses menunggu juga tidak lama. Jika pesakit lain memerlukan dua tahun untuk menjalani pemindahan jantung, namun K.K pula hanya sempat menunggu selama 10 bulan sahaja. Pada tahun 2011, K.K sela- mat menjalani pemindahan jantung. “Di tahun pertama selepas menjalani peminda- han jantung, keadaannya sangat mencabar. Rasa sakit, disiplin dengan ubat, aktiviti senaman dan banyak lagi. Syukur saya boleh melakukannya dengan bantuan doktor-doktor yang banyak memberi tunjuk ajar. “Disebabkan sikap disiplin itu, saya tidak mengalami masalah kritikal seperti penolakan organ dan sebagainya. Kini setelah tujuh tahun menjalani peminda- han, K.K sudah mampu kembali aktif seperti dulu. Dia boleh kembali mengayuh basikal bersama kawan-kawan, mendaki, berenang, meluncur dan sebagainya. “Setiap aktiviti yang saya lalukan saya perlu pantau paras degupan jantung agar ia tidak membebankan. Namun, bagi aktiviti berenang saya perlu lebih berhati-hati dan tidak boleh terlalu dalam kerana ia akan memberi tekanan kepada jantung saya,” jelasnya. — al-Siha Plus Setelah 20 tahun hidup bersama jantung baru, Albert menjadi satu-satunya penerima jantung yang hidup paling lama di Malaysia. Semua tabiat suka minum dan aktiviti yang merbahayakan ditinggal serta-merta. Albert kini menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan pengambilan makanan yang disarankan oleh doktor yang merawatnya. Begitu juga pengambilan ubat- ubatan mengikut jadual pada masa yang tepat. “Dulu saya sangat gemar berjalan-jalan disekitar kawasan perumahan ini. Namun kini, setelah meningkat usia saya tidak mampu lagi melakukannya. Saya lebih banyak bersama keluarga dan menjalani kehidupan dengan kerja-kerja yang saya suka. Saya bersyukur dapat menempuh pengalaman yang sukar ini,” katanya akhiri perbualan. — al-Siha Plus Masalah kegagalan jantung K.K agak unik. Ini kerana, kebiasaannya pesakit jantung mengalami masalah pada bahagian kiri jantung. Namun K.K pula mengalaminya di bahagian kanan jantung. Setelah 20 tahun hidup bersama jantung baru, Albert menjadi satu-satunya penerima jantung yang hidup paling lama di Malaysia. Semua tabiat suka minum dan aktiviti yang merbahayakan ditinggal serta-merta. HANYA TUNGGU 2 MINGGU “Pada mulanya, saya tidak percaya. Tetapi, doktor berjaya mencari jantung baru untuk saya. Saya sangat bersyukur. “Saya dimasukkan ke hospital pada pagi jumaat dan selesai segala operasi pada hari yang sama,” katanya sambal tersenyum. “Proses penyembuhan juga amat cepat. Walaupun saya memiliki penyakit kencing manis, namun luka saya cepat kering dan mudah sembuh tanpa sebarang komplikasi. LEBIH SIHAT... Albert bersama petugas IJN.