al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 8

p08 al-Siha Plus | januari, 2019 saya yakin ijn Pelancaran PET-CT. Dari kiri: Ketus Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Mohd Azhari Yakub, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, Pengarah Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, Pengerusi IJN, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf dan; Ketua Eksekutif dan Ketua Kumpulan PNB, Dato’ Abdul Rahman Ahmad. IJN perkenal pengimbas PET-CT Pengimbas berteknologi tinggi yang lebih tepat, jelas dan kurang radiasi dengan tawaran harga lebih rendah Dr. Lee Boon Chye. I PNB berterima kasih kepada IJN kerana diberi peluang untuk menyokong institut ke arah mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan global dalam bidang kardiovaskular dan pusat penjagaan pesakit jantung.” – Tan Sri Dr. Zeti Aziz nstitut Jantung Negara (IJN) memperkenalkan mesin pengimbas berteknologi tinggi yang lebih tepat, jelas dan kurang radiasi dengan tawaran harga RM3000 berbanding RM4000 di hospital swasta lain. Mesin pengimbas Positron Emission Tomog- raphy- Computed Tomography (PET-CT) adalah sebuah mesin pengimbas yang dapat mengimbas sehingga 512 potongan berbanding 64 potongan sebelum ini. Ini ber- makna doktor dapat mengesan sehingga ke saluran darah di dalam otot jantung serta dapat mengesan pertumbuhan sel kanser di peringkat awal. Timbahan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye ber- kata dengan adanya teknologi yang komprehensif dalam membantu merawat masalah melibatkan jantung, IJN telah berjaya meletakkan institusi ini sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan dan Pengimejan Jantung sehenti yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada pesakit. Tambahnya, perkhidmatan pengimejan diagnostik IJN ini juga turut bermanfaat dalam bidang Onkologi bagi mengesan pertumbuhan kanser di peringkat awal. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan kelimpahan pesakit yang perlu mendapatkan ujian imbasan di hospital- kerajaan dan Institut Kanser Negara (IKN). Timbahan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye turut bersetuju untuk menjadikan IJN sebagai pusat pengimejan yang menawarkan pelbagai pengimbas diagnostik yang tidak invasif untuk keperluan perubatan yang menyeluruh. “Oleh kerana mesin pengimbas ini boleh melakukan pelbagai imbasan, IJN merasakan perlu untuk mengem- bangkan skop ini ke bidang perubatan lain lebih-lebih lagi bagi penyakit yang memberi kesan kepada jantung,” jelasnya ketika ditemui dalam majlsi pelancaran PET-CT di IJN. Mesin yang bernilai jutaan ringgit ini merupakan tajaan sepenuhnya daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). KERJASAMA... Dengan sumbangan PNB, rakyat Malaysia mendapat manfaat. Dato Seri Mohd Azhari Yakub. Pengarah Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata PNB berterima kasih kepada IJN kerana diberi peluang untuk menyokong institut itu ke arah mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan global dalam bidang kardiovaskular dan pusat penjagaan pesakit jantung. Majlis perlancaran ini turut dihadiri Pengerusi IJN, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf dan Ketua Ekseku- tif, Ketua Kumpulan PNB, Dato’ Abdul Rahman Ahmad. — al-Siha Plus