September, 2019 | al-Siha
BULETIN
05
Persidangan Saintifik Optometri ke-3
Johnson & Johnson Vision
anjur konvensyen perkasa
kesihatan mata masyarakat
P
ersidangan Saintifik Optometri kali ke-3
di MalaysiaPersidangan Saintifik Optometri
kali Ke-3 telah diadakan di Putrajaya pada 3
dan 4 Ogos 2019. Bertemakan ‘Empowering
Optometry through Value Based Practice’, persi-
dangan kali ini dirangka dengan pelbagai topik
dan perkongsian menarik kearah perkhidmatan penjagaan
mata yang lebih baik.
Johnson & Johnson Vision, penaja utama persidangan
kali ini, berkesempatan mensimulasikan kanta lekap yang
mempunyai perlindungan sinar ultraungu (UV) dan men-
erangkan tentang perbezaan setiap kanta lekap.
Menurut National Sales Manager Johnson & Johnson,
Zoey Lam perlindungan sinar UV
sangat penting dan kebanyakan
individu yang mengalami masalah
mata biasanya berpunca dari
kurangnya perlindungan sinar UV
dalam kanta lekap harian mereka.
“Demonstrasi yang kami laku-
kan, akan memberitahu tentang
perbezaan kanta lekap yang sesuai
dengan keperluan mereka,” katanya
Linsay Sundram.
yang turut menjelaskan maklumat
tentang produk serta perkhidmaran
kesihatan mata.
Sementara itu, Associate Direc-
tor Professional Affairs Johnson &
Johnson Vision Care SEA, Shirly
Loh turut berkongsi dalam cera-
mahnya tentang kajian dan industri
penjagaan mata di Malaysia dilihat
setanding dengan Singapura. Kat-
anya, Kempen Kesedaran Kesihatan
Shirly Loh.
Mata Kebangsaan (NEHA) dan juga
Garis Panduan Pengamalan Kanta
Lekap telah membantu memastikan standard profesional
di Malaysia terus meningkat.
“Awal tahun ini, pihak kami telah melancarkan ACUVUE
® OASYS di United States dan diberi penghargaan sebagai
TIME’s Best Invention 2018. Inovasi yang kami usahakan ini,
sekaligus menolak anggapan bahawa optometri bukan seka-
dar individu yang membaikpulih penglihatan, tetapi lebih
Menurut National Sales ManagerJohnson & Johnson Vision, Zoey Lam perlindungan sinar UV sangat
penting.
Ujian ini membuktikan sinar UV tidak dapat
menembusi kanta lekap ACUVUE ®.
Jaringan kanser
paru-paru Malaysia
Jaringan kanser paru-paru pertama
di Malaysia telah dilancarkan bersem-
pena Hari Kanser Paru-Paru Sedunia.
Presiden Jaringan Kanser Paru-paru
Malaysia dan Pakar Bedah Kardio-
torasik, Dr Anand Sachithanandan
berkata, di Malaysia majoriti pesakit
disahkan mengalami penyakit pering-
kat lanjutan. Data kontemporari dari
Registri Kanser Kebangsaan mendapati
bahawa 90 peratus daripada kes kanser
paru-paru disahkan pada tahap ketiga
(penyakit sebaran setempat) atau tahap
keempat (sebaran metastatik).
“Diagnosis segera dan kejayaan
rawatan kanser paru-paru sering
memerlukan pendekatan berbilang
disiplin dan terapi berbilang kaedah.
Matlamat kami di JKPM ialah untuk
bersama-sama menentang kanser
paru-paru dan menyediakan
platform bagi pesakit, penjaga dan
juga pengamal penjagaan kesihatan
profesional untuk mendapatkan
maklumat sahih yang relevan di
peringkat tempatan. Kami mahu
penghidap penyakit ini serta doktor
mereka membuat keputusan wajar
berlandaskan informasi terbaik
mengenai penjagaan mereka,”
tambahnya.
JKPM juga telah telah beker-
jasama dengan AstraZeneca untuk
membangunkan dan berkongsi dua
produk pendidikan; sebuah panduan
komprehensif serta alat kaunseling
mengenai pesakit untuk pengamal
penjagaan kesihatan profesional yang
lengkap dengan maklumat dalam
bentuk yang mudah difahami men-
genai kanser paru-paru, diagnosis
dan pilihan rawatan yang disediakan
dan juga statistik penting tentang
penyakit ini. Pesakit dan pengamal
penjagaan kesihatan profesional
boleh mendapatkan risalah ini
dengan mudah menerusi kod QR atau
melalui laman web JKPM.
Kanser paru-paru ialah kanser
kedua paling lazim di Malaysia dan
merupakan punca utama kepada
kematian berkaitan kanser. Di per-
ingkat global, kanser paru-paru kekal
sebagai salah satu daripada kanser
paling lazim, meragut lebih banyak
nyawa setiap tahun berbanding
kanser payu dara, kolon dan prostat
secara keseluruhan. — al-Siha
dari itu termasuk memberi penekanan tentang perlindungan
sinar UV dan banyak lagi,” katanya.
Manakala Assistant Professional Education Manager of
Johnson & Johnson Vision, Linsay Sundram berkata, keunikan
ACUVUE ® terletak pada rekaan kanta lekap yang tampak
seolah-olah mata sebenar.
“Sebab itulah kami menggelarkan ACUVUE ® ini sebagai
rekaan inspirasi mata (EYE-INSPIRED™ Design). Segala
inovasi yang kami lakukan, demi memenuhi keperluan
pengguna, gaya hidup dan yang paling penting adalah ten-
tang keselamatan mereka. Kami juga sentiasa memastikan
pengguna menjalankan ujian tertentu terlebih dahulu, agar
kanta yang dipilih mereka bersesuaian,” katanya.
Tambah beliau, KKM sentiasa mengambil berat dan
komited untuk membantu orang ramai yang menghadapi
masalah penglihatan. Oleh itu, dengan hubungan rapat yang
terjalin antara pihaknya dan KKM ini diharap menarik minat
sektor swasta yang lain untuk sama-sama terlibat secara
lebih serius dalam memberikan pendidikan dan kesedaran
penjagaan mata yang lebih menyeluruh,” katanya. — al-Siha
Elak penggunaan
internet ekstrem
JKPM turut memperkenalkan
laman web yang menyediakan
maklumat strategi pencegahan,
pemeriksaan individu berisiko tinggi,
diagnosis, penentuan peringkat dan
juga rawatan penyembuhan dan
mengurangkan kesakitan.
Kanser paru-paru
ialah kanser kedua paling
lazim di Malaysia.
Penggunaan Internet oleh kanak-kanak
dan remaja semakin membimbangkan.
Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan
Azizah Wan Ismail berkata situasi ini akan
menjadi lebih membimbangkan sekiranya
mereka tidak dipantau oleh ibu bapa atau
penjaga.
“Kawal anak-anak dalam melayari
internet bagi memastikan mereka tidak
terjebak dengan “dadah digital. Lebih
membimbangkan lagi apabila kanak-kanak
seawal usia dua hingga tiga tahun telah
mula bermain gajet atau peranti digital
seperti tablet dan telefon pintar,”katanya.
“Ramai ibu-bapa pada zaman ini gemar
‘mendidik’ anak-anak mereka untuk
menggunakan gajet sejak kecil,” katanya
ketika berucap merasmikan Majlis Penutup
Hari Produktiviti Bersama Komuniti dan
Peluncuran Buku Panduan Awaspada
Keselamatan Siber MCPF di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak,
Selangor.
Kajian pengguna internet 2018 oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM) mendapati purata tempoh melayari
Internet adalah selama 6.6 jam sehari.
Daripada kajian itu, 93.1 peratus pengguna
mengakses Internet melalui telefon pintar.
— al-Siha