Xtra
4
Rawatan
kesuburan
di Malaysia
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini menjadi pilihan dan
harapan baharu untuk bergelar ibu bapa.
K
EHADIRAN cahaya mata
pastinya amat dinanti oleh
setiap pasangan yang berkah-
win. Namun tidak semua
pasangan diberikan rezeki
awal, malah ada antara pasan-
gan yang terpaksa menunggu
sehingga bertahun-tahun lamanya.
Bagi yang berkemampuan, rawatan
persenyawaan in vitro (IVF) menjadi pilihan
dan harapan baharu untuk bergelar ibu bapa.
Bagaimanapun, rawatan tersebut menelan
kos yang agak tinggi terutama apabila ia perlu
dijalankan semula sekiranya rawatan pertama
tidak berjaya. Bagi yang berpendapatan
rendah, rawatan ini mungkin membebankan
dan akhirnya terpaksa pasrah dengan takdir.
KOS RAWATAN LEBIH MURAH
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk
Dr Noor Hisham Abdullah, rawatan In Vitro
Fertilisation (IVF) ini turut dijalankan di
hospital-hospital Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Meskipun rawatan ini tidak
diberikan secara percuma, tetapi pesakit hanya
dikenakan bayaran yang jauh lebih murah,
secara pakej iaitu sekitar RM3,500 sehingga
RM8,000.00 malah ubatan-ubatan yang
diperlukan dalam menjalani rawatan IVF ini
juga akan diberikan secara subsidi.
“Kos yang perlu dibayar oleh mereka yang
mendapatkan rawatan IVF ini adalah lebih
murah berbanding dengan kos yang dikenakan
oleh pihak swasta yang boleh menjangkau RM
30,000.00 bagi setiap kes,” katanya.
Tambah beliau, terdapat bantuan lain
yang disediakan untuk golongan yang kurang
berkemampuan untuk menjalani rawatan ini
“Pada tahun 2015,
2016 dan 2017 jumlah
pesakit yang telah
menerima rawatan di
fasiliti KKM masing-
masing adalah seramai
1155, 884 dan 1204
orang pesakit.”
seperti melalui Tengku Azizah Foundation
(TAFF) bagi mereka yang memenuhi kriteria
kelayakan yang ditetapkan oleh yayasan terse-
but. Pada tahun 2015, 2016 dan 2017 jumlah
pesakit yang telah menerima rawatan di fasiliti
KKM masing-masing adalah seramai 1155, 884
dan 1204 orang pesakit.
PERKEMBANGAN
IVF DI MALAYSIA
“Perkhidmatan IVF di Malaysia dilihat semakin
baik dan telah berkembang dengan pesatnya
baik di fasiliti kerajaan mahupun di pihak
swasta. Terdapat enam hospital KKM yang
menyediakan perkhidmatan ini,” katanya.
Perkhidmatan IVF disediakan oleh kerajaan
bertujuan untuk memberikan peluang kepada
pasangan yang berkahwin dan mempunyai
masalah kesuburan atau kemandulan untuk
memperoleh zuriat sendiri.
“Bagi pasangan yang berkahwin tetapi
masih gagal untuk mempunyai zuriat, mereka
boleh menjalani pemeriksaan di klinik-klinik
pakar Obstetrik dan Ginekologi (O & G) di
mana-mana hospital kerajaan. Pihak hospital
akan melakukan pemeriksaan ke atas pasan-